Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih
#Dapet lagu ini dari teman masa kecil, ketika waktu memisahkan lebih dari 8 tahun tanpa komunikasi sama sekali. Dan atas kuasaNya, kami kembali, kembali menjadi teman, bahkan sampai sekarang, dan mungkin tidak akan terpisah lagi...
:)
#22 Juni 1992
:)
#22 Juni 1992
No comments:
Post a Comment